mutakhir

Gendang dilarang dalam stadium

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Shah Alam: Berkuat kuasa serta-merta, semua alat bunyi-bunyian termasuk gendang atau pemukul dram tidak dibenarkan dibawa masuk ke Stadium Shah Alam.

Selain itu, peniaga makanan dan minuman yang sebelum ini mempunyai laluan mudah untuk masuk ke dalam stadium, selepas ini perlu melalui hanya satu pintu pagar saja serta melalui pemeriksaan pihak berkuasa sama seperti penyokong lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan pihaknya bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pengurusan stadium, semalam.

Shafien berkata, langkah itu diambil bagi mengelak insiden kekecohan yang berlaku ketika perlawanan antara Harimau Malaya dan Arab Saudi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Shah Alam, Selasa lalu berulang.

“Persetujuan itu dicapai hasil pertemuan antara kami, MBSA serta pengurusan stadium manakala wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak hadir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 11, 2015 @ 11:22am
d