mutakhir

IKIM lancar DVD Hidayatus Salikin jamin kelangsungan dakwah

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan DVD Hidayatus Salikin bertujuan menjamin kelangsungan dakwah serta memberi manfaat kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarahnya Datin Dr Azizan Baharuddin berkata, walaupun sudah berusia lebih dua abad, kitab karangan ulama terkenal iaitu Sheikh Abdul Samad al Falimbani itu masih menjadi rujukan utama sekolah agama serta pesantren di nusantara ini dalam mengukuhkan kaedah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, dengan adanya DVD itu, ia adalah edisi penuh kitab berkenaan, pihaknya yakin ia akan memberi manfaat yang berterusan kepada masyarakat terutama bagi mereka yang ingin memahami karya asal Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah.

“Apabila Pusat Media IKIM diundang untuk bekerjasama sebagai media rasmi dalam Daurah Talaqqi Kitab Hidayatus Salikin selama empat hari yang dianjurkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini, kami diberi kebenaran untuk merakam penuh program itu dan menerbitkannya dalam apa jua bentuk yang dirasakan memberi manfaat kepada masyarakat.

Dr Azizan berkata, IKIM akan terus menganjurkan dan menyokong apa jua program dan aktiviti bagi memartabatkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Disiarkan pada: September 13, 2015 @ 5:14am
d