mutakhir

Terkenang bau kelambu Kaabah

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kelana Jaya: Bau minyak atar daripada kelambu Kaabah sentiasa menjadi ingatan buat sukarelawan Tabung Haji (TH), pesara kerajaan Zaiton Sulaiman setiap kali membantu jemaah haji.

Baginya, sepanjang lima tahun pembabitannya dalam menguruskan tetamu Allah SWT ke Tanah Suci, terlalu banyak peristiwa manis dialaminya.

“Saya mula berkhidmat membantu Tabung Haji (TH) menguruskan jemaah secara sukarela sejak 2011 dan perkara paling indah dan istimewa saya dapat menghidu bau minyak atar kelambu Kaabah apabila membantu jemaah.

“Saya pernah ke Makkah dan pada mulanya, saya juga berasa pelik dan lama-kelamaan ini adalah anugerah dan rezeki yang diberikan Allah SWT kepada saya,” katanya yang ditemui di Kompleks Tabung Haji di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 14, 2015 @ 5:34am
d