mutakhir

SOP cuti sekolah

Oleh Norul Awatif Romli

Sintok: Semua pengetua dan guru besar di seluruh negara diberi kuasa menghentikan persekolahan buat sementara waktu jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap hingga bacaan melebihi 200.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah yang terbabit dengan penutupan itu bertanggungjawab menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan pelajar jika keputusan itu dibuat serta-merta.

Katanya, keputusan itu dibuat berdasarkan peraturan sedia ada yang ditetapkan kementerian dan pihak berkaitan jika mana-mana bacaan IPU mencapai atau melebihi 200.

“Mereka diberi kuasa membuat keputusan sama ada mahu menutup atau sebaliknya sekolah masing-masing berdasarkan bacaan IPU.

“Bagaimanapun, kita mahu mengingatkan mereka supaya memaklumkan terlebih dulu mengenai penutupan itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 15, 2015 @ 9:51am
d