mutakhir

Tiga jari hancur

Oleh Norashikin Leman

Kapar: Seorang pekerja kilang hancur tiga jari tangan kiri akibat tersepit pada mesin pencetak di sebuah kilang percetakan, Jalan Kapar Batu 2, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Tamizi, 24, terpaksa menahan sakit selama 20 minit sebelum beberapa rakan sekerjanya bertindak menarik tangan mangsa keluar daripada mesin berkenaan bagi mengelakkan kecederaan lebih serius.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa dikatakan sedang bertugas sebagai operator mesin sebelum memasukkan helaian kertas ke dalam mesin percetakan.

Bagaimanapun mangsa dikatakan menjerit apabila separuh jari tangan kirinya tersepit di dalam mesin berkenaan.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang M Sathiya Seelan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.25 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 16, 2015 @ 6:35am
d