mutakhir

Bekas peguam kena siasat mengikut OSA

Johor Bahru: Mahkamah Majistret di sini, semalam mengeluarkan perintah tahanan reman tiga hari sehingga esok terhadap bekas peguam kepada kerabat diraja Johor, Kamal Hisham Ja’afar.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei bagi membolehkan polis menjalankan siasatan membabitkan Kamal Hisham, 45, mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Kamal Hisham yang memakai kemeja putih berseluar hitam tiba di mahkamah kira-kira jam 3 petang dan dilihat sempat berbual bersama ahli keluarga sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 4.20 petang ditemani peguamnya, Mohd Asram Zakaria dan Hazza Khalid.

Kelmarin, Kamal Hisham dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat Southern Ads Sdn Bhd berjumlah RM216,000, lima tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 16, 2015 @ 9:23am
d