mutakhir

Tak sempat pilih rumah

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten Wan Mohd Syafiq Arief Zulkifli, 27 tidak sempat menghadiri sesi cabutan undi rumah baru yang bakal dibelinya di Kulaijaya, Johor selepas maut dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres.

Dalam kejadian di Kilometer 204.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Ayer keroh, di sini, jam 11 malam kelmarin, motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Er6 ditunggang mangsa terbalik dipercayai gagal mengelak bas ekspres di hadapannya.

Ketika kejadian, arwah yang bertugas di Unit Pesawat Angkut, Pangkalan TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Desa Pahlawan di Ayer Hitam, Johor sebelum nahas.

Bapa arwah, Zulkifli Hussain, 58, berkata, sebelum kejadian, Wan Mohd Syafiq menghubunginya memaklumkan dia akan pulang ke kampung untuk menghadiri sesi cabutan undi bagi menentukan lot rumah berkembar yang bakal dibelinya, pagi semalam.

“Arwah yang baru selesai bertugas terus pulang ke Ayer Hitam tanpa membawa isteri bersama. Saya sedang menunggunya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada polis jam 12.30 malam tadi (semalam).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 16, 2015 @ 9:30am
d