mutakhir

Jangan sentuh sensitiviti kaum

Oleh Hayati Ibrahim

Putrajaya: Dilarang membawa poster dan kain rentang yang mempunyai kata-kata kesat menyentuh sensitiviti perkauman.

Itu ingatan yang diberikan kepada orang ramai yang menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu (HRB) di Padang Merbok, Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, individu yang mengingkari arahan itu boleh dikenakan tindakan sama seperti peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 iaitu poster dan kain rentang dirampas, manakala individu berkenaan akan ditahan.

“Kementerian Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau segala aktiviti walaupun lokasi penganjuran mendapat keizinan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Malah, polis turut menentukan beberapa syarat terutama perarakan dari lima tempat ke Padang Merbok tidak dicemari dengan kain rentang, poster atau kata-kata kesat yang menyentuh soal sensitiviti perkauman apatah lagi menyentuh perkara dalam Akta Hasutan,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan peserta Ekspedisi Solidariti ASEAN di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 16, 2015 @ 9:38am
d