mutakhir

Tunggu perbincangan

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Seperti dijangka barisan kepemimpinan Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) dibarisi barisan pemimpin yang dikatakan ‘kecewa’ dengan PAS selepas kalah dalam muktamar lalu.

AMANAH yang masih belum diluluskan penukaran namanya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini bergerak menggunakan nama Gerakan Harapan Baru (GHB) dipimpin bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku Presiden.

Selain itu, barisan tertinggi kepemimpinannya turut dikuasai bekas pemimpin PAS, antaranya bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang yang tewas di tangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan Presiden PAS.

Mohamad Sabu berkata, parti itu akan bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, namun kerjasama dengan PAS hanya akan diputuskan selepas perbincangan lanjut dibuat dengan dua parti itu.

“Kita akan bincang dengan PKR dan DAP dulu (untuk bekerjasama dengan PAS) dan kita akan ambil satu keputusan bersama. Kita tunggu nanti sebab baru dua minggu tubuh (Parti AMANAH),” katanya.

Disiarkan pada: September 17, 2015 @ 7:44am
d