mutakhir

Dalang tugaskan kumpulan pembunuh upahan

Kuala Lumpur: Bekas doktor tentera berpangkat kolonel berusia 52 tahun yang mendalangi pembunuhan kejam Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais didapati menggunakan khidmat sekumpulan pembunuh upahan tempatan.

Kumpulan penjenayah terbabit menerima upah lumayan untuk menjayakan rancangan jahat suspek membalas dendam sebelum mayat Kevin ditemui ditanam di dalam tong di USJ 1, Subang Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Sumber berkata, doktor lelaki itu membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk mengupah kumpulan terbabit membunuh Kevin kerana dia berdendam dengan mangsa yang mendakwanya di mahkamah kerana terbabit kes rasuah.

Menurutnya, suspek melakukan perancangan rapi untuk menculik mangsa sejak lebih sebulan lalu.

“Suspek sebelum ini mengekori mangsa yang keluar bekerja dari kediamannya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas di sini, kira-kira jam 9 pagi, 4 September lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 17, 2015 @ 9:47am
d