mutakhir

Derita pelakon Man Pos

Oleh Shamsuddin Husin

Chukai: “Sepanjang malam saya tak dapat tidur kerana terpaksa bertarung dengan kesakitan selepas mengalami jangkitan kuman dalam tulang,” kata pelakon tambahan drama Man Pos Masuk Kampung, Che Wan Zawawi Che Wan Jusoh, 50.

Dia yang menjalani pembedahan pada kedua-dua belah kakinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu tidak dapat tidur selepas menjalani pembedahan itu sejak lebih sebulan lalu.

Drama Man Pos Masuk Kampung yang dibintangi pelakon utamanya Man Raja Lawak ditayangkan di saluran Warna Astro pada 18 Ogos 2011 turut menampilkan Che Wan Zawawi membawa watak orang kampung jual minyak petrol dalam botol.

Drama terbitan YKS Filem Makers Sdn Bhd arahan Yusuf Kelana yang membuat penggambaran 90 peratus di Kemaman terutama di Kampung Che Wan, Kijal turut mengundangnya sebagai pelakon tambahan memegang watak Che Wan.

Che Wan Zawawi berkata, dia mula menghidap penyakit itu sejak 2007 dan menerima rawatan berjadual di Hospital Kemaman pada setiap bulan sehingga pada bulan Januari lalu penyakit dihidapinya itu didapati semakin serius selepas membuat pemeriksaan di HSNZ.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 18, 2015 @ 9:24am
d