mutakhir

Pencarian masuk hari ke-24

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Petugas keselamatan yang terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh murid Orang Asli yang hilang di hutan dekat Pos Tohoi, Gua Musang, masih bersemangat untuk menjejaki mangsa, meskipun operasi sudah memasuki hari ke-24.

Ia termasuklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menghantar 12 pegawai dan 216 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Sempadan, Kem Batu 11 Tanah Merah pada hari kesembilan operasi iaitu 2 September lalu.

Panglima 8 Briged Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin berkata, hingga hari ini, pasukannya masih menunjukkan semangat dan moral yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab berkenaan.

“Tiada sebab untuk moral mereka menurun selepas terbabit operasi lebih dua minggu. Walaupun tiada penemuan kukuh yang boleh dikaitkan dengan kehilangan murid berkenaan, pasukan masih lagi bersemangat tinggi untuk menjalankan tugas SAR.

“Kami tidak akan putus asa dan akan meneruskan misi ini secara dua dalam satu, iaitu SAR murid hilang dan dalam masa sama anggap ia sebagai latihan medan di dalam hutan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 18, 2015 @ 9:39am
d