mutakhir

Penghawa dingin meletup

Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin

Pasir Mas: Berkat sentiasa menyimpan alat pemadam api dalam keretanya, seorang anggota bomba bantuan berjaya mengawal kebakaran yang berpunca daripada sebuah kereta jenama terkenal di Kampung Kasar, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika anggota berkenaan, Raja Mohd Saiful Akmal, 23, dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan di Tunjong, Kota Bharu.

Ketika melalui jalan kampung berkenaan, Raja Mohd Saiful melihat sebuah kereta dinaiki dua wanita terbakar di bahagian hadapan dipercayai akibat penghawa dingin meletup dan segera memadamkan kebakaran sebelum bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas tiba.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Pegawai Bomba Kanan 1 El Taraff Mohd Zachariah, tindakan segera Raja Mohd Saiful membantu mengawal kebakaran yang sudah mencapai 15 peratus sebelum pihaknya tiba selepas menerima panggilan jam 8.38 malam.

“Ketika tiba, bahagian depan kereta yang berwarna hitam itu hangus manakala dua wanita berusia 20 dan 21 tahun sempat menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 18, 2015 @ 9:54am
d