mutakhir

Reman 4 suspek disambung seminggu

Polis menyambung reman tujuh hari lagi terhadap empat suspek, termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat terapung di Sungai Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, di sini, 11 September lalu.

Sebelum ini, tiga suspek lelaki berusia antara 23 hingga 26 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun berasal dari Kuala Sanglang ditahan sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, reman terhadap keempat-empat suspek berakhir semalam, namun dilanjutkan sehingga Jumaat depan bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami mendapat perintah sambung reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Monica Joseph Gaisah dan kes ini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Disiarkan pada: September 19, 2015 @ 5:13am
d