mutakhir

Demo tidak boleh tukar kerajaan

Kuala Lumpur: “Kerajaan tidak boleh ditukar melalui demonstrasi,” tegas Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan kerajaan hari ini dipilih serta disokong dan didokong rakyat.

Katanya, Himpunan Rakyat Bersatu Rabu lalu bukti orang Melayu akan bangkit apabila maruah mereka dicarik-carik oleh pihak lain.

Beliau memberi amaran orang Melayu akan mempertahankan kerajaan yang ada dan negara tercinta sehingga ke titisan darah terakhir.

“Jangan ingat kerajaan hari ini tiada sokongan kerana inilah kerajaan yang berhak memerintah negara,” tegas beliau di hadapan hampir 20,000 pesilat dari 400 perguruan di seluruh negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Himpunan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Merdeka 2015 di Dataran Merdeka, di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden PESAKA Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Setiausaha Agung Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Disiarkan pada: September 19, 2015 @ 5:16am
d