mutakhir

Caj MyKad kekal RM10

Tiada kenaikan daripada RM10 ke RM50, dan tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad itu.

Itu tegas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sekali gus menafikan maklumat yang tersebar dalam media sosial sejak kelmarin yang menyatakan terdapat kenaikan kadar bayaran daripada RM10 ke RM50 untuk proses permohonan MyKad.

Unit Perhubungan Awam JPN dalam satu kenyataan berkata, JPN menegaskan bahawa hebahan maklumat dalam media sosial berkaitan bayaran proses MyKad yang dinaikkan dari RM10 ke RM50 adalah tidak benar, malah sehingga kini tiada sebarang perubahan harga dikenakan.

“JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai berita sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Orang awam yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan JPN boleh melayari laman sesawang rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03–8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.my,” katanya.

Disiarkan pada: September 19, 2015 @ 5:17am
d