mutakhir

Terus maklum jika berlarutan

Putrajaya: Penduduk boleh menyampaikan maklumat mengenai kereta rosak yang tersadai di tempat letak kenderaan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) supaya masalah itu tidak berlanjutan.

Presidennya Datuk Hasim Ismail berkata, aduan boleh dibuat menerusi kumpulan WhatsApp milik komuniti yang diwujudkan PPj; Facebook dan Twitter tanpa had masa.

Beliau berkata, ini membolehkan PPj mengambil tindakan secepat mungkin dalam menyelesaikan masalah itu.

Malah, katanya, pihak PPj juga mengadakan kerjasama dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) bagi tujuan itu, memandangkan kuarters kerajaan berada di bawah mereka.

“Kita memang mengesan masalah itu wujud. Ia terjadi disebabkan sikap pihak tertentu yang mengambil kesempatan meletakkan kenderaan yang sudah tidak boleh digunakan seperti van di tempat meletak kenderaan untuk dijadikan sebagai stor barang.

“Sekiranya dikesan, kita akan mengambil tindakan supaya ia tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2015 @ 5:08am
d