mutakhir

12 rakan jualan sertai Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini yang bertujuan menjadikan sukan sebagai budaya hidup dimeriahkan lagi dengan penyertaan 12 rakan niaga runcit menerusi program Jualan Hari Sukan Negara dengan menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk semua jenis barangan sukan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata inisiatif Jualan Hari Sukan Negara bagi menggalakkan lebih ramai rakyat terbabit secara langsung dengan sambutan 10 Oktober ini.

“Jualan Hari Sukan Negara ini akan berlangsung sebulan, bermula hari ini (semalam) sehingga 18 Oktober.

“Sebanyak 12 rakan niaga runcit mengambil bahagian dalam jualan ini iaitu Reebok, Royal Sporting House (RSH), Asics, Al-Ikhsan, Adidas, New Balance, Explorer Outfitter, Under Armour, Garmin, UFL, World Of Sports (WOS) dan Urban Adventure,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi beberapa kedai barangan sukan di pusat beli-belah, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau berharap rakyat Malaysia mengambil peluang berkenaan untuk membeli pakaian sukan pada harga diskaun seterusnya menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pada 10 Oktober ini.

Disiarkan pada: September 20, 2015 @ 5:08am
d