mutakhir

Kebakaran berulang

Pontianak: Asap tebal akibat kebakaran hutan dan tanah gambut menyebabkan sebahagian besar wilayah di Kalimantan Barat diselimuti jerebu teruk.

Ia dipercayai berpunca daripada kebakaran berulang di lokasi yang terbakar, selain kesan sama yang masih berlaku di Kalimantan Tengah sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Harian Metro sepanjang lebih 400 kilometer sepanjang perjalanan dari Tebedu, Serian, Sarawak di Malaysia hingga ke Pontianak, Kalimantan Barat, semalam, mendapati kesan kebakaran hutan dan tanah pertanian masih jelas kelihatan di sepanjang jalan.

Lokasi teruk terjejas bermula dari kawasan Dusun Sosok, Kabupaten Sanggau dan sebaik memasuki kawasan Tayan, jerebu semakin tebal sehingga ke bandar Pontianak.

Seorang peniaga di Dusun Soso, Erdy Yanto, 31 berkata, asap jerebu di kawasan itu bertambah buruk sejak awal minggu lalu dan berakhir awal kerana orang ramai tidak melakukan pembakaran.

Disiarkan pada: September 20, 2015 @ 5:11am
d