mutakhir

AirAsia sokong misi tiga pemuda

Ho Chi Minh: AirAsia menyumbang kepada pembangunan bakat muda, menyokong projek Journey to Homeland: Berbasikal dari UK ke Malaysia anjuran sekumpulan belia yang menyertai misi berbasikal dari United Kingdom (UK) ke Malaysia.

Muhammad Adib Mohamad Ali, 25, Mohd Azrulhan Mohd Shaiful, 25, dan Amirul Alias Ali, 32, tiba di bandar Ho Chi Minh, semalam, dengan disambut ahli keluarga.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar berkata, trio itu memulakan perjalanan pada Ogos 2014 dan merentasi 20 negara dan dijangka melengkapkan misi pada penghujung tahun ini.

“Dari sini mereka akan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh, Kemboja sebelum ke Bangkok, Thailand kemudian ke selatan Hat Yai, Thailand.

“Mereka dijangka memasuki sempadan Malaysia menerusi Padang Besar sebelum terus ke perhentian terakhir di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengagumi individu yang berani untuk mencapai sesuatu yang mustahil.

“Kami tertarik dengan kesungguhan kumpulan ini melengkapkan misi berbasikal merentasi 21 negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang serta menyebarkan mesej amalan hidup sihat dan positif,” katanya.

Disiarkan pada: September 21, 2015 @ 5:53am
d