mutakhir

Lega jenazah anak sah

Allahyarham Azuari bersama tiga lagi nelayan, Ab Wahab Tekak, 57, dan anaknya, Mohd Nasri, 30, serta Mohd Zawawi Seman, 36, hilang di Laut China Selatan selepas bot yang mereka naiki hilang pada 26 Jun lalu.

Mayat Mohd Zawawi terlebih dulu dijumpai pada 4 Julai, manakala mayat Azuari ditemui pada 30 Julai lalu.

Dua hari sebelumnya, bot dinaiki nelayan terbabit ditemui karam di dasar laut berkedalaman 37 meter 10 batu nautika dari muara Kuala Kemaman.

Muda berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas jasad ditemui terapung 30 Julai lalu di Pulau Kapas, Marang itu diketahui petang Khamis lalu selepas dia diminta hadir ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Katanya, keputusan DNA diperoleh membuktikan nalurinya dan isterinya yang yakin mayat itu anaknya adalah betul.

“Ketika buat pengecaman mayat memang saya yakin itu mayat anak,” katanya.

Arwah Azuari meninggalkan empat anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Siti Fatimah Abdul Ghani, 40.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Adun Chukai, Hanafiah Mat, turut sama menyempurnakan solat jenazah bersama lebih 50 jemaah lain.

Disiarkan pada: September 22, 2015 @ 5:22am
d