mutakhir

Latihan pertama bersama PLA

Subang: Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mengadakan latihan bersama Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) membabitkan pelbagai latihan medan pada skala besar.

Latihan Malaysia dan China itu bertujuan meningkatkan kerjasama ketenteraan kedua-dua negara selain mengukuhkan komitmen dan hubungan diplomatik sempena ulang tahun ke-40.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kejayaan pelaksanaan eksesais berkenaan menjadi satu lagi penanda aras dalam lipatan sejarah bagi proses pengukuhan hubungan kedua-dua negara.

“Eksesais bertemakan ‘keamanan dan persahabatan’ yang diadakan selama lima hari ini mencapai objektif dan matlamatnya iaitu meningkatkan keupayaan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PLA.

“Ia sekali gus meningkatkan kemahiran setiap peserta yang terbabit. Melalui eksesais ini, persefahaman boleh didapati dari pelbagai tahap seperti perancangan latihan dan aspek operasi bersama,” katanya ketika ucapan majlis penutup program berkenaan di Dewan Ababil Pengkalan Udara Subang di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 23, 2015 @ 4:55am
d