mutakhir

'Isteriku memang ganas'

Alor Setar: Seorang wanita tergamak menampar dan menghentak kepala suaminya dengan topi keledar di kediaman mereka di Kulim, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, berlaku pergaduhan antara mangsa berusia 33 tahun dan isterinya berumur 30 tahun berkaitan masalah keluarga.

Menurut sumber, pergaduhan itu bertukar ganas apabila isterinya menghentak kepala lelaki terbabit dengan topi keledar.

“Wanita itu menumbuk dan menampar muka suaminya,” katanya.

Sumber berkata, akibat kejadian itu mangsa bengkak di kepala, muka dan luka di belakang badan akibat dibelasah isterinya.

“Difahamkan ini bukan kejadian pertama, malah jika bergaduh isterinya menyerang mangsa,” katanya.

Bimbang kejadian berulang mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim Ahad lalu.

Disiarkan pada: September 24, 2015 @ 5:12am
d