mutakhir

Hilang dompet bermadu kasih

Port Dickson: Seorang pekerja bengkel kimpalan yang sanggup datang dari Segamat, Johor untuk berasmara bersama kekasihnya di Pantai Saujana, Batu 4 di sini, menerima musibah apabila kehilangan barangan berharga dalam kejadian Jumaat lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa menunggang motosikal dari negeri itu untuk bertemu kekasihnya berusia 20 tahun.

Menurutnya, selepas menjemput kekasihnya, pasangan terbabit mengunjungi pantai itu dan meletakkan motosikal di pondok.

“Pasangan berkenaan dikatakan berasmara di kawasan tepi pantai itu hingga kedua-dua mereka tertidur.

“Sebaik tersedar pada jam 6 pagi, kedua-dua mereka bingkas ke motosikal untuk pulang sebelum lelaki terbabit mendapati kotak menyimpan barangan pada kenderaannya dipecahkan menyebabkan kehilangan dompet, wang tunai, dokumen pengenalan diri serta dua telefon bimbit,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Disiarkan pada: September 24, 2015 @ 5:20am
d