mutakhir

Korban lembu hasil kutu

Petaling Jaya: Kaedah Kutu Korban memberi kemudahan kepada umat Islam tidak berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha.

Menerusi kaedah itu, sebanyak 10 lembu dikorbankan sempena Aidiladha oleh komuniti Masjid Asy-Syakirin, Puchong Utama, di sini semalam hasil pungutan bulanan daripada 70 peserta.

Pengurus Kutu Korban masjid terbabit Hasnul Khairul berkata, kaedah kutipan secara bulanan selama setahun dengan nilai minimum RM50 itu membantu peserta melaksanakan korban.

Katanya, hasil pungutan kutu terbabit digunakan untuk membeli lembu sempena Aidiladha tahun ini.

“Hasil pungutan selama setahun daripada 70 peserta terbabit kita memperoleh sebanyak RM42,000 dan ia digunakan untuk membeli lembu bagi tujuan korban. Alhamdulillah, kita berjaya mendapatkan 10 lembu untuk dikorbankan di mana setiap peserta mendapat satu bahagian. Kita laksanakan ibadah korban ini secara berjemaah bersama komuniti sekitar Masjid Asy-Syakirin.

Disiarkan pada: September 25, 2015 @ 6:23am
d