mutakhir

Sesak setiap masa

Oleh Icka S Hassan

Shah Alam : “Kami semakin tertekan dan sudah hilang sabar dan berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera,” kata Mohd Azmanizam Baharon, 38, seorang penduduk di Saujana Utama di sini, yang mendakwa terpaksa menempuh kesesakan luar biasa di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, keadaan itu terpaksa ditempuh 30,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan termasuk Puncak Perdana, Puncak Alam serta kawasan sekitar sejak 11 tahun lalu menggunakan laluan berkenaan untuk ke Kuala Lumpur, Klang, Sungai Buloh serta lebuh raya utama.

Menurutnya, masalah kesesakan lalu lintas teruk di kawasan itu bukan saja berlaku pada waktu puncak, sebaliknya hampir setiap masa termasuk pada hujung minggu dan cuti umum.

“Bayangkan satu setengah jam dan kadangkala lebih daripada itu kami terpaksa menghadap kesesakan setiap hari hingga terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga apabila hanya tiba di rumah sekitar jam 8.30 malam setiap hari.

“Keadaan bertambah kritikal pada waktu persekolahan apabila kami terpaksa berlumba menggunakan laluan ini dengan bas dan van sekolah,” katanya.

Katanya, laluan sepanjang 12 kilometer itu hanya mempunyai dua hala serta tidak cukup lebar, sekali gus memberi kesan kepada perjalanan ambulans atau kenderaan yang terdesak untuk segera tiba ke lokasi jika berlaku kecemasan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 27, 2015 @ 5:13am
d