mutakhir

Lelaki rempuh masuk rumah terbakar selamat anak melecur

Tumpat: Seorang lelaki melecur di belakang badan ketika menyelamatkan anaknya dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Belukar Neting di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, Mohd Nazri Mohd Pak Esa, 36, merempuh masuk ke rumah sewanya untuk menyelamatkan anak bongsunya, Nurul Aini Syazwani, 3.

Isterinya, Mazlina Harun, 32, berkata, sebaik menyedari kejadian, semua ahli keluarga mereka bergegas keluar kerana api marak dengan cepat.

“Dalam keadaan panik, semua berlari menyelamatkan diri dan sebaik berada di luar, baru saya sedar Nurul Aini Syazwani tidur di dalam rumah.

“Tanpa memikirkan keselamatan diri, suami terus merempuh masuk dan membawa keluar anak namun dia sendiri melecur. Suami dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya ketika ditemui.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 27, 2015 @ 5:24am
d