mutakhir

Pergerakan lancar

Mina: Pergerakan jemaah haji Malaysia untuk melaksanakan ibadat melontar di Kompleks Jamarat, di sini, yang memasuki hari kedua semalam lancar.

Penyusunan jadual pengurusan Tabung Haji (TH) dengan pihak Muassasah Asia Tenggara mengurangkan kesesakan terutama ketika waktu puncak.

Kumpulan jemaah haji dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja dan Filipina bergerak mengikut jadual ditetapkan.

Pengarah Operasi Masya’ir TH Nukman Fadzil berkata, bagi melancarkan operasi melontar, fokus diberi kepada maklumat jadual pergerakan jemaah haji dan komunikasi.

“Alhamdulillah, jadual pergerakan jemaah haji Malaysia diselaraskan dengan pihak Muassasah Asia Tenggara supaya tidak berlaku kesesakan dan pertembungan dengan jemaah negara lain.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 27, 2015 @ 5:28am
d