mutakhir

Ancaman Rabies

Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Kemunculan kumpulan anjing liar di beberapa kawasan tumpuan awam termasuk taman perumahan dan kawasan perindustrian di negeri ini membimbangkan kerana boleh mengancam keselamatan orang ramai terutama pelajar sekolah.

Menurut penduduk, keadaan itu jika tidak dibanteras boleh mengundang bahaya terutama dalam kalangan anak kecil yang bermain di kawasan persekitaran yang sepatutnya selamat.

Kebimbangan penduduk terhadap kehadiran haiwan liar yang boleh mengancam nyawa itu berasas kerana banyak haiwan liar itu yang berkeliaran bukan saja garang dan agresif yang boleh bertindak luar jangkaan, malah berisiko mendapat penyakit berbahaya seperti penyakit anjing gila jika digigit.

Bagi Saifurizan Zulkeflee, 35, kehadiran kumpulan anjing liar yang berkeliaran di kawasan kejiranannya boleh memudaratkan jika tidak diberi perhatian kerana haiwan itu boleh menerkam dan menggigit mangsanya.

Menurutnya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku berikutan kebanjiran haiwan liar itu termasuk mendedahkan orang ramai kepada wabak penyakit anjing liar yang sedang menular sekarang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 27, 2015 @ 5:37am
d