mutakhir

Laga minda atas papan

Oleh Nor Shafinaz Sari

Alor Gajah: Seramai 48 peserta profesional dan amatur mengambil bahagian dalam Pertandingan Dam Haji yang berlangsung di Pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.

Bukan hanya membabitkan penyertaan masyarakat tempatan sebaliknya pertandingan turut menarik minat peserta dari Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

Peserta dari Kuala Lumpur, Mohd Rizal Abdullah, 38, berkata, penganjuran pertandingan yang sistematik termasuk perlu melalui proses saringan bagi profesional membuktikan dam haji sebenarnya setanding dengan permainan lain dari negara barat.

Mohd Rizal berkata, dam haji dianggap setaraf dengan permainan catur kerana individu terbabit memerlukan tahap kecerdasan yang tinggi bagi mengatur strategi untuk mengalahkan lawan.

“Ramai menganggap dam haji hanya untuk orang kampung atau warga emas, bagi saya tanggapan itu tidak benar kerana golongan muda juga meminati permainan ini cuma tidak ada pendedahan kepada mereka.

“Diharapkan lebih banyak lagi pertandingan seperti ini dianjurkan dari masa ke semasa supaya generasi muda mendapat pendedahan sewajarnya mengenai permainan ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 28, 2015 @ 5:08am
d