mutakhir

'Hanya lakonan'

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pelakon Kamal Adli, 29, menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembong selepas gambar mereka ‘berkahwin’ menjadi viral di Internet sejak beberapa hari lalu.

Kamal ketika dihubungi berkata, gambar mereka kononnya bernikah itu antara babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu lakonannya dengan Emma.

Menurut Kamal, dia memuat naik gambar itu di Instagram sudah lama dengan tujuan mempromosikan drama itu dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.

“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil ini enggan melatah sebaliknya meminta peminat supaya lebih sensitif dan menghormati hak orang lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 1, 2015 @ 9:32am
d