mutakhir

Minta RM10 terus tumbuk

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kajang: Seorang suri rumah terkejut apabila ditumbuk mendadak seorang lelaki yang berpura-pura meminta sedekah sebelum cuba melarikan kereta dipandu mangsa.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 21 tahun itu berada di dalam kereta sementara menunggu rakannya pergi ke sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Mahkota Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek tiba-tiba muncul sebelum mengetuk cermin pintu kereta dan meminta wang sebanyak RM10.

“Bagaimanapun mangsa berkeras tidak mahu melayan permintaan suspek. Lelaki terbabit kemudian membuka pintu kereta dan menumbuk muka mangsa.

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan segera keluar dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 2, 2015 @ 10:54am
d