mutakhir

Pencuri rabun malam

Oleh Fardy Bungga

Kajang: Teruja mencari barangan berharga menyebabkan seorang penjenayah pecah rumah tidak menyedari pemilik kediaman itu memerhatikannya sambil berbaring di sofa.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, suspek berusia 25 tahun itu memecah masuk melalui pintu hadapan kediaman di Taman Berjaya di sini, selepas menyangka pemiliknya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, pemilik rumah berusia 40-an itu dikatakan tidur di sofa terletak di ruang tamu rumah manakala ahli keluarganya yang lain keluar bekerja.

Menurutnya, suspek kemudian menyelongkar rumah itu tanpa menyedari perbuatannya diperhatikan pemilik rumah yang terjaga daripada tidur.

“Mangsa kemudian menyembunyikan diri sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada polis.

“Sebaik menerima panggilan, pihak polis Kajang segera mengerahkan sepasukan anggotanya ke rumah mangsa untuk memberikan bantuan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 2, 2015 @ 11:02am
d