mutakhir

Tangguh aktiviti luar

Chukai: Aktiviti luar kelas terpaksa ditangguhkan sejak jerebu melanda Kemaman dua minggu lalu yang hampir mencecah kadar bacaan sangat tidak sihat.

Guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kuang, Suhaidi Mohamad Amin, 49, berkata, antara aktiviti luar yang terpaksa ditangguhkan ialah sukan sekolah dan aktiviti kokurikulum petang.

“Kami juga terpaksa menangguhkan lawatan murid Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga keadaan jerebu kembali normal untuk tempoh yang dijangkakan hingga pertengahan Oktober ini.

“Saya juga menasihatkan kepada semua guru dan murid memakai penutup mulut dan hidung ketika berada di luar sekolah sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Disiarkan pada: October 3, 2015 @ 5:38am
d