mutakhir

Wanita rugi RM17,000 rumah dimasuki tiga perompak

Dua beranak berdepan detik mencemaskan apabila dirompak dan diancam rogol selepas kediaman mereka diceroboh tiga lelaki bersenjatakan parang di taman perumahan di Bahau, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa berusia 30-an bersama anak lelaki berusia 10 tahun didatangi tiga lelaki yang memakai topeng penutup mulut.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa dan anaknya diminta tidak membuat bising sebelum diugut dirogol jika melawan.

“Ketika kejadian, suami mangsa di luar kawasan atas urusan kerja. Suspek menceroboh masuk ke dalam rumah ketika pintu pagar terbuka kerana mangsa dan anaknya mahu keluar.

“Suspek melarikan diri bersama beg tangan mengandungi wang tunai dan barang kemas bernilai RM17,000,” katanya.

Disiarkan pada: October 3, 2015 @ 6:05am
d