mutakhir

Dituduh ceroboh masjid

Seremban: Seorang pembantu kantin dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menceroboh Masjid Negeri Bandar Seremban di sini, pada Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Shahrulriza Ab Ghani, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Mengikut pertuduhan, Mohd Shahrulriza didakwa menceroboh masjid berkenaan dan menyimpan harta jam 10.20 malam pada 27 Julai lalu.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes yang ditetapkan pada 27 Oktober depan.

Disiarkan pada: October 6, 2015 @ 5:41am
d