mutakhir

Tolak permohonan Abdul Hadi, empat lain

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini, semalam, menolak permohonan bantahan awal dikemukakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat lagi untuk membatalkan saman berhubung pembentangan rang undang-undang hudud di Parlimen.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu di dalam kamarnya di sini, selepas bertemu peguam Farez Jinnah yang mewakili plaintif (empat individu iaitu Mansoor Saat Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin) dan peguam Sulaiman Abdullah serta Takuyiddin Hassan mewakili Hadi.

Sementara itu, Farez ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan 13 Oktober ini untuk mendengar permohonan injunksi bagi menghalang Abdul Hadi dan empat lagi daripada membentang rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Disiarkan pada: October 6, 2015 @ 5:58am
d