mutakhir

KPDNKK beri amaran

Kajang: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menjual topeng muka pada harga tinggi dan tidak berpatutan.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana barangan itu disenaraikan dalam barangan harga terkawal.

“Mereka perlu menjual pada harga serendah RM0.20 sekeping bagi topeng muka satu lapis sehingga RM6 seunit bagi topeng muka jenis N95,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Penurunan Harga KK Mart 2015, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Dr Kueh Kong Chai.

Beliau berkata, orang ramai digesa melaporkan kepada KPDNKK jika terdapat peniaga menjual topeng muka melebihi daripada harga ditetapkan di mana mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 berkuat kuasa 26 Ogos 2009.

Disiarkan pada: October 7, 2015 @ 6:13am
d