mutakhir

10 mangsa gagal selamat harta benda

Pasir Mas: Sekurang-kurangnya 10 daripada 63 mangsa kebakaran pondok Madrasah Addiniah Al-Yusufiah, Gelang Mas, di sini, tinggal sehelai sepinggang akibat insiden berkenaan.

Timbalan Mudir pondok itu Mohd Rahim Mat Jusoh berkata, mereka gagal menyelamatkan barang keperluan dan dokumen penting selepas api marak dengan cepat ketika kejadian, kelmarin.

“Ketika mengajar mengaji al-Quran, kami terbau hangit, namun tidak menghiraukannya dan meneruskan pengajian sebelum elektrik terputus tiba-tiba.

“Selepas itu, saya terdengar jeritan yang meminta semua penghuni pondok menyelamatkan diri dan sebaik keluar, kami api sudah marak dan membakar beberapa pondok,” katanya ketika ditemui ketika kejadian.

Mohd Rahim berkata, terdapat lebih 200 pondok dibina yang beroperasi sejak puluhan tahun lalu.

Katanya, mereka menerima pelajar pelbagai latar belakang dari Kedah, Selangor, Negeri Sembilan selain Kelantan.

Disiarkan pada: October 7, 2015 @ 6:26am
d