mutakhir

HKL cari waris bayi

Kuala Lumpur: Waris kepada seorang bayi lelaki berusia dua bulan diminta tampil membantu pihak mahkamah membuat keputusan penempatan semula bagi menjamin masa depannya.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKMWPKL), bayi berkenaan dilahirkan di Rumah Transit Baitulmal sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan.

“Sejak dimasukkan ke HKL pada 15 Julai lalu, ibu kandung bayi itu, Aisha E Muhammed tidak dapat dikesan sehingga kini.

“Bayi ini belum mempunyai sijil lahir dan pihak JKMWPKL memutuskan untuk menamakan bayi ini sebagai Muhammad Raqib Abdul Muhaimin,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat ibu bapa atau waris bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung JKMWPKL, Siti Sarah Khairul Anuar di talian 03-26124000.

Disiarkan pada: October 8, 2015 @ 6:12am
d