mutakhir

Sesat tiga jam

Yan: Seorang lelaki mencari akar kayu melalui detik cemas hampir tiga jam seorang diri selepas gagal menemui jalan pulang dipercayai akibat tersesat ketika mendaki Gunung Jerai menggunakan laluan Tangga Kenari, Titi Hayun, di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa yang berusia 39 tahun dan berasal dari Jalan Kaki Bukit Beseri, Kangar, itu dipercayai memulakan pendakian kira-kira jam 9 pagi melalui tangga berkenaan untuk mencari akar kayu bagi tujuan perubatan.

Menurut sumber itu, sebaik menemui akar kayu itu, secara tiba-tiba mangsa kedua-dua kaki mangsa lenguh-lenguh, namun dia masih meneruskan perjalanan untuk kembali ke tangga berkenaan.

Bagaimanapun, sumber itu berkat, selepas hampir tiga jam berlegar-legar di kawasan sama, mangsa dipercayai gagal menemui semula tangga berkenaan menyebabkan dia panik lalu menghubungi seorang kenalan yang tinggal berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa memberitahu dia tidak menemui kawasan tangga yang dilaluinya sebelum itu sehingga kepenatan kerana asyik mundar-mandir di kawasan yang sama,” kata sumber itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan Penolong Penguasa Bomba Mohd Firdaus Bukari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: October 9, 2015 @ 6:29am
d