mutakhir

Solat hajat tolak musibah

Putrajaya: Semua masjid dan surau di seluruh negara disaran mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi mendoakan jerebu tidak lagi berpanjangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya juga turut mengadakan solat hajat berkenaan di beberapa masjid utama di sini dan Kuala Lumpur.

Katanya, ia membabitkan Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dan seluruh masjid serta surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“JAKIM memohon kerjasama dan jasa baik pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara turut sama mengadakan solat hajat pada tarikh dan masa dinyatakan di seluruh masjid serta surau di bawah seliaan agensi masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Disiarkan pada: October 9, 2015 @ 6:38am
d