mutakhir

Transformers 'buangan'

Oleh Ahmad Ismail

Segamat: Seorang tukang besi nyata memiliki ‘tangan emas’ apabila menggunakan bakat istimewanya itu untuk menghasilkan figura robot Bumblebee setinggi 1.8 meter yang diolah daripada besi buruk.

Tan Kim Huat, 30, turut menggunakan barang buangan ditemui di tepi jalan untuk menghasilkan pelbagai barangan miniatur berkualiti di bengkel pertukangannya di Gemas Baru, di sini.

Dilihat pada mata kasar, siapa sangka idea kreatif Tan dikagumi ramai pihak, lebih-lebih lagi keupayaannya menghasilkan robot unik itu dalam filem Transformers menggunakan barangan terbuang hingga menjadi figura yang sangat bernilai.

Tan berkata, dia terpaksa menyembunyikan bakat istimewanya daripada pengetahuan keluarga, selain memberi kejutan kepada ibunya, Lee Hoon Eng, 55, yang bimbang keselamatannya kerana sering pulang lewat.

“Semua barangan ini dihasilkan awal tahun lalu di bengkel milik majikan dan setiap hari saya meluangkan masa menggunakan besi terpakai untuk mencipta barangan kreatif.

“Projek bermula awal tahun ini turut menyebabkan ibu sering menegur sikap saya yang pulang lewat ke rumah, sedangkan saya meluangkan masa menghasilkan barangan unik itu bermula jam 6 petang,” katanya.

Katanya, dia mendapat kebenaran majikannya untuk menggunakan barangan terbuang daripada besi buruk terbabit untuk menghasilkan pelbagai barangan kreatif.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 4:53am
d