mutakhir

iPhone 6s, iPhone 6s Plus RM1,088

Kuala Lumpur: Celcom Axiata Berhad (Celcom) memberi peluang kepada peminat Apple untuk membeli dua telefon terbaru, iPhone 6s atau 6s Plus pada harga semurah RM1,088 melalui tiga pelan Firstnya.

Ia termasuk First Basic 85, First Basic 85 (Max Up All) dan First Elite dengan bayaran bulanan sebanyak RM85, RM135 atau RM235.

Iphone 6s ditawarkan dengan kontrak 24 bulan dengan harga pakej dari RM1,088 hingga RM3,088 manakala untuk 6s, ia bermula pada harga RM1,518 hingga RM3,428.

Pelanggan First Basic 85 memperoleh data Internet 2GB+2GB (WiFi) manakala First Basic 85 (Max Up All) dan First Elite masing-masing memperoleh 3GB+3GB (WiFi).

Celcom mula membuka tempahan pembelian iPhone 6S dan 6S Plus yang baru dilancarkan Apple sejak semalam sebelum ia dijual secara rasmi 16 Oktober ini.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 5:27am
d