mutakhir

Ribut beri petanda

Oleh Mohd Hilmi Mahmud

Georgetown: “Ribut pasir dan hujan lebat yang melanda Masjidilharam pada petang sebelum kren tumbang menyebabkan saya dan rakan lain tidak dapat keluar untuk melakukan solat Asar berjemaah seperti kebiasaan kami lakukan sejak datang untuk mengerjakan haji.

“Berikutan dengan ribut dan hujan lebat itu, petugas Tabung Haji (TH) menghalang kami keluar untuk ke Masjidilharam pada petang kejadian (11 September lalu),” kata Mohd Khozali Junus, 59, yang selamat tiba ke tanah air menerusi penerbangan pertama dari Jeddah ke Pulau Pinang, petang semalam.

Pegawai Pentadbir Daerah Kulim itu berkata, pada hari berkenaan, dia sudah bersiap untuk ke Masjidilharam untuk mengerjakan solat Asar di tempat dia biasa mendirikan solat iaitu di salah satu tiang di Masjidilharam, namun berikutan hujan lebat dia bersama rakan mendirikan solat di hotel penginapan.

“Lokasi kren itu jatuh adalah lokasi saya selalu mendirikan solat dan berehat di kawasan berkenaan,” katanya yang mengerjakan haji bersama isteri Asiah Mohd Saad, 60, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 5:30am
d