mutakhir

Panik musang 'masuk' sekolah

Ipoh: Guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yook Chooi, Ipoh, di sini, digemparkan dengan kehadiran seekor musang yang tersesat masuk ke dalam sebuah kelas ketika proses pembelajaran sedang dijalankan semalam.

Dalam kejadian jam 9,30 pagi, musang itu dipercayai tersesat dari belukar berhampiran kawasan sekolah berkenaan dan memasuki sebuah kelas menyebabkan pelajar serta guru dalam kelas berkenaan panik.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang guru sekolah berkenaan, dia dan seorang lagi rakan sekerja bergegas ke tempat kejadian.

“Haiwan berkenaan kemudian berjaya ditangkap dengan menggunakan jerut dan pihaknya terpaksa mengejar musang itu selama beberapa minit sebelum berjaya menjerutnya,” katanya.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 5:32am
d