mutakhir

'Cam gelang dipakai Ika'

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Gua Musang: “Mereka berdua memang rapat, ke mana-mana pun berdua dan melakukan aktiviti bersama-sama.

“Apabila mereka kata jumpa Norieen (Yaakob) dan Mirsudiar (Aluj) bersama mayat, hati saya terdetik itu Ika,” kata Ayel Ajib, 46, bapa kepada Ika, 9.

Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tohoi itu disahkan mati selepas pengecaman mayat dibuat Ayel dan isteri, Nora Tegeu, 39, di Hospital Gua Musang (HGM), di sini, semalam.

Ayel berkata, dia menerima takdir itu walaupun hatinya masih terluka dengan kematian anak ke-8 daripada 10 beradik itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 5:42am
d