mutakhir

Azab sakit 45 minit

Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

Kuala Lumpur: Seorang penghantar surat menanggung azab hampir 45 minit apabila dihempap pokok yang tiba-tiba tumbang berhampiran Masjid India, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, mangsa, Kogilanathan Narayanan, 44, turut mengalami cedera retak pada pinggang dan tengkuk.

Mangsa yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan menghantar surat dengan menunggang motosikal dari arah Bangsar.

“Kejadian berlaku dengan pantas dan saya sempat terdengar bunyi jeritan sebelum dihempap dahan pokok itu.

“Ketika itu dada saya ditekan dengan kuat oleh dahan kayu itu sehingga sukar untuk bernafas,” katanya.

Dia berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudian segera membantu menyelamatkannya sebelum dihantar ke HKL.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 10, 2015 @ 5:53am
d