mutakhir

DBKL terus awasi peniaga degil

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan terhadap peniaga tempatan yang menyewakan tapak gerai kepada warga asing di Pasar Chow Kit.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja Mohammad Saibani Mohammad Osman berkata, pihaknya menerima aduan mengenai peniaga asing yang menyewa gerai daripada peniaga tempatan dengan mengenakan sewa yang tinggi.

“DBKL ada menerima aduan mengenai perkara tersebut dan kita sudah mengambil tindakan kepada peniaga yang menyewa gerai kepada peniaga luar sebelum ini.

“Bagaimanapun, bancian akan dibuat semula untuk membuat tapisan terhadap peniaga yang masih ingkar,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, peniaga di Pasar Transit Zon 1C mendakwa mereka mengalami kerugian apabila diarahkan berpindah dari tapak lama di Lorong Haji Hussein Kiri 2 akibat persaingan penjaja luar.

Disiarkan pada: October 12, 2015 @ 6:04am
d