mutakhir

'Arwah pesan jaga anak dengan baik'

Ipoh: “Semasa hayatnya, arwah memang sentiasa menitik beratkan soal pelajaran,” kata Zainal Alam Kamaruzzaman, adik kepada Allahyarham Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang maut selepas papan tanda di Kilometer (KM) 399.6 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Tanjung Malim menghempap kenderaannya pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Dzulkarnain, isterinya, Jamnah Ibrahim, 56, dan anak bongsu, Nor Juliana Dzulkarnain, 17, meninggal dunia dihempap papan tanda itu yang terjatuh akibat dilanggar sebuah lori kontena.

Zainal Alam, 56, berkata, arwah suka membantu keluarga dan cukup disenangi ramai.

“Kami memang terhutang budi kepadanya yang cukup mengutamakan disiplin terutama membabitkan pelajaran.

“Kehilangannya memang dirasai kerana kami sepatut berkumpul pagi semalam (kelmarin) dalam satu majlis begitupun kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: October 12, 2015 @ 6:47am
d